Raja Semut Sebesar 3cm Dijumpai....



RAJA semut ini mempunyai saiz sebesar syiling 50 sen..

RAJA SEMUT? Seekor semut gergasi berukuran 3 sentimeter mengejutkan penduduk di Jalan Abidin, George Town dekat sini.

Ia ditemui seorang peniaga, Rashid Asrol, 35, di kedai makannya baru-baru ini dan dipercayai keluar dari sarangnya yang terletak berhampiran surau di situ.

Menurutnya, beliau tidak pernah bertemu semut sebesar itu dan menyangka ia adalah seekor tebuan yang menjadi habuan semut.

Selepas melihat ia bergerak berkumpulan dan diiringi oleh semut-semut lain katanya, ia mungkin raja semut yang keluar dari sarangnya.

Rashid berhasrat menyerahkan serangga tersebut kepada mereka yang sudi mengkaji spesiesnya yang jarang ditemui di negara ini.

Kenapa Takut Kepada Ular..?



TAKUTKAN ular merupakan satu perasaan yang berlaku secara terevolusi dalam diri manusia.

TAKUTKAN ular merupakan salah satu daripada fobia yang paling biasa walaupun ramai orang tidak pernah terserempak dengan haiwan ini. Jadi, bagaimana perasaan takut ini terjadi?

Kajian terbaru menunjukkan kecenderungan perasaan manusia terhadap ular berlaku secara terevolusi iaitu mereka 'belajar' takutkan haiwan ini.

Ahli-ahli psikologi mendapati orang dewasa dan kanak-kanak dapat mengesan imej ular lebih pantas berbanding objek lain termasuk katak, bunga atau ulat beluncas.

"Keupayaan ini telah dibantu oleh kelangsungan hidup manusia dalam hutan liar sejak dahulu.

"Ideanya ialah ia berlaku menerusi sejarah evolusi yang mana manusia mempelajari untuk takutkan ular demi meneruskan hidup dan melahirkan generasi baru," kata pengkaji Vanessa LoBue di University of Virginia, Amerika Syarikat (AS).

Terdahulu, pengkaji telah mencadangkan keperluan untuk menyedari kehadiran ular dalam dunia liar telah menyumbang kepada penglihatan yang lebih baik dan otak yang lebih besar bagi primat-primat terdahulu.

"Perasaan ini sangat biasa," kata LoBue kepada LiveScience.

"Kita tidak melihat ular setiap masa. Jadi, tentulah tidak ada alasan kenapa kita begitu geli atau membencinya."

Para pengkaji terpanggil untuk mengkaji ketakutan terhadap ular apabila mereka fikir bagaimana secara universal manusia amat geli dengan 'cicak tak berkaki' itu.

Rakannya, Judy DeLoache, sememangnya takutkan ular. "Apabila saya melihat gambar ular, saya macam... oh Tuhan...jijiknya!"

Inilah antara sebab kenapa kami mengkaji tentang bagaimana perasaan ini terbentuk.

"Firasat saya menunjukkan ada sesuatu yang membuatkan saya takutkan ular sejak dulu lagi," ujarnya.

Ular Utara Paling Berbisa



ULAR di wilayah selatan tanah air dikenal pasti kurang berbisa berbanding reptilia sama di utara kerana faktor cuaca berbeza. - Gambar hiasan

MITOS reptilia ini cukup gah. Menurut kepercayaan sesetengah masyarakat, ular tedung dianggap satu legenda, suci dan kehadirannya dikatakan membawa kemakmuran.

Namun beberapa kes baru-baru ini melibatkan nyawa seperti Othman Basir Bani, 51, di Sungai Petani dan Eklim a/p Naideng di Pendang; kedua-duanya di Kedah, memberi perspektif baru mengenai reptilia ini.

Merupakan keluarga Elapidae, spesies Cape Cobra, Naja nivea, Indian Cobra, Naja naja dan Egyptian Cobra merupakan antara yang amat berbahaya.

Menurut pegawai Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Rosman Ahmad, faktor cuaca, gangguan dan musim pembiakan menjadi penyebab utama ular berbisa ini menyerang dan mematuk manusia.

Walaupun ada individu mendakwa diri mereka 'kebal' dengan bisa ular, namun insiden yang menimpa Raja Ular Malaysia, Ali Khan Shamsuddin pada tahun 2006 yang maut akibat dipatuk ular memberi gambaran jelas bahawa tabiat haiwan ini tidak boleh dijangka.

"Kandungan racun seperti haemotoksin, neurotoksin dan miotoksin mampu membunuh manusia hatta seekor gajah namun bergantung kepada jenis racun yang mendominasi ular itu," katanya.

Di Malaysia, ular senduk mempunyai bahan racun saraf yang lazimnya mampu melumpuhkan sistem saraf mangsa dalam masa beberapa minit sahaja.

Dalam pada itu, antivenin, sejenis ubat yang diproses khas daripada bisa ular boleh diguna sebagai antidot gigitan ular berbisa.

"Namun, antivenin ini spesifik kepada satu-satu spesies ular sahaja dan kesilapan memberi vaksin boleh membawa maut," tegas Rosman.

Ironi, meskipun ada antivenin yang boleh digunakan untuk merawat semua jenis bisa gigitan ular iaitu antivenin Polivalent, kuantiti stok di hospital adalah terhad.

Pendapat ini turut dipersetujui pensyarah Jabatan Perubatan Molekul Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Tan Nget Hong yang menyatakan, terdapat beberapa faktor mengapa keadaan ini berlaku.

"Biarpun kos penyediaan antivenin tidak mahal namun kapasiti kes patukan ular di negara ini kecil membuatkan ia tidak berbaloi dikomersialkan," katanya.

Tambah beliau, antivenin secara dasar lebih diperlukan di wilayah utara dan yang bersempadan dengan Thailand kerana kawasan tersebut paling banyak ular.

"Kita tiada angka terperinci. Cuma berdasarkan kes dilapor di hospital, ia banyak melibatkan zon utara Pulau Pinang," katanya.

Robot Pesakit Gigi



SEORANG doktor gigi menampal lubang gigi robot humanoid di Universiti Showa, Tokyo baru-baru ini.

TOKYO - Sepasukan penyelidik di Jepun dengan kerjasama sebuah syarikat pengeluar robot baru-baru ini mempamerkan robot humanoid wanita pertama dijadikan pesakit untuk pelajar-pelajar yang bakal menjadi doktor gigi.

Robot wanita bernama Hanako itu boleh meluahkan rasa sakit, melirik mata, menggerakkan rahang dan lidah selain mengeluarkan air liur seperti pesakit sebenar.

"Sakitlah," kata Hanako sambil menggerakkan kepalanya semasa seorang pelajar pergigian menggerudi gigi robot tersebut pada satu demonstrasi kepada media di sini.

"Tolong angkat tangan anda apabila berasa sakit kerana bahaya jika menggerakkan mulut anda," kata pelajar itu kepada humanoid tersebut yang berbaring di kerusi doktor gigi.

Robot itu dicipta oleh satu pasukan penyelidik Universiti Showa yang diketuai Profesor Atsuo Takanishi di Universiti Waseda termasuk syarikat pengeluar robot.

Harga robot itu masih dirahsiakan, kata beberapa pelabur projek berkenaan..

Subang, cincin emas era Firaun ditemui



GAMBAR menunjukkan lima subang dan dua cincin emas ditemui dalam sebuah makam di Luxor, Mesir.

KAHERAH - Pegawai-pegawai Mesir menyatakan sekumpulan pakar arkeologi menemui barangan kemas era Firaun di dalam makam seorang pegawai kanan yang berkhidmat semasa pemerintahan ratu paling berkuasa di Mesir.

Majlis Agung Antikuiti berkata, lima anting-anting emas dan dua cincin ditemui di dalam makam Gahouti iaitu ketua perbendaharaan di bawah Ratu Hatshepsut, yang memerintah Mesir pada 3,500 tahun lalu.

Satu kenyataan semalam memberitahu bahawa makam itu terletak di tebing barat Sungai Nil di Luxor, bandar raya di selatan Mesir yang terkenal kerana terdapat banyak lokasi peninggalan sejarah termasuk Lembah Raja dan binaan lain.

Menurut kenyataan itu lagi, makam tersebut sudah disamun dan pada pintu-pintu pagarnya tertera teks tulisan daripada Buku Kematian yang dipercayai oleh masyarakat Mesir kuno sebagai penting dalam kehidupan selepas mati.

senjata tradisional - KERIS



Senjata di alam Melayu merupakan antara senjata dunia yang paling misteri. Sebilah keris di mata orang Melayu tidak sama dengan mata orang asing. Setiap senjata Melayu mempunyai adat dan adab penggunaannya, dari ukurannya kepada pantang larangnya.

Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu.

Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao), dan Brunei.

Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja.

Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu.Keris selalu dikaitkan dengan kesaktian dan keistimewaan luar biasa dimana kononnya boleh membunuh dengan menikam bekas tapak kaki musuh berkenaan.

Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

kehebatan pedang samurai



Rahsia kehebatan pedang samurai

Harga samurai yang paling murah sekitar RM 1 Juta ( kira-kira 12-15 inchi panjangnya). Kekuatan Pedang Samurai ini terletak pada bahan mentah pedang dan proses membikinnya.

Ada juga dikatakan diambil dari batu petir (batu komet) yang jatuh dari langit.

Bahan Pedang Samurai mengandungi Titanium, iaitu sebuah unsur kimia.

Proses membikinnya pula orang yg membuatnya tidak boleh tidur selagi pedang samurainya belum siap.

Titanium yang paling terkenal kuat hanya mempunyai 60% berat sahaja. Sifat Titanium mirip dengan Zirconium secara kimia dan fizik.

Sifat yang baik dari Zirconium adalah sangat keras. Sedangkan keunikan sifatnya yang jarang dimiliki oleh material/bahan lain adalah jika Zirconium mengalami lenturan atau pukulan material/bahan ini akan semakin keras.

Hal ini disebabkan Zirconium yang terkena lenturan akan muncul tegangan sisa dari dalam dirinya.

Proses membuat pedang Samurai sama dengan teknologi pembuatan keris iaitu dengan cara dilipat-lipat pada suhu tinggi.

Lipatan-lipatan inilah yang membuat bahan pedang samurai menjadi semakin baik kualitinya..
Related Posts with Thumbnails