Subang, cincin emas era Firaun ditemui



GAMBAR menunjukkan lima subang dan dua cincin emas ditemui dalam sebuah makam di Luxor, Mesir.

KAHERAH - Pegawai-pegawai Mesir menyatakan sekumpulan pakar arkeologi menemui barangan kemas era Firaun di dalam makam seorang pegawai kanan yang berkhidmat semasa pemerintahan ratu paling berkuasa di Mesir.

Majlis Agung Antikuiti berkata, lima anting-anting emas dan dua cincin ditemui di dalam makam Gahouti iaitu ketua perbendaharaan di bawah Ratu Hatshepsut, yang memerintah Mesir pada 3,500 tahun lalu.

Satu kenyataan semalam memberitahu bahawa makam itu terletak di tebing barat Sungai Nil di Luxor, bandar raya di selatan Mesir yang terkenal kerana terdapat banyak lokasi peninggalan sejarah termasuk Lembah Raja dan binaan lain.

Menurut kenyataan itu lagi, makam tersebut sudah disamun dan pada pintu-pintu pagarnya tertera teks tulisan daripada Buku Kematian yang dipercayai oleh masyarakat Mesir kuno sebagai penting dalam kehidupan selepas mati.

3 comments:

  1. lain macam je design barang kemas zaman firaun tu....

    ReplyDelete
  2. pakar akeologi nie sure rasa sonok kan bile dapat jumpe barang khazanah lama2

    ReplyDelete
  3. kami di hafizjewel menawarkan khidmat untuk membeli sebarang bentuk emas seperti emas 916, gold bar, gold coin. Selain emas kami turut membeli suasa, emas putih, platinum dan khidmat untuk menebus surat pajak.

    laman web: http://www.hafizjewel.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails